Pendaftaran Akaun

Minimum 8 huruf

Pastikan bermula dengan kod dail negara. Contoh: 60123456789


Terma & Syarat

Bismillahirahmanirrahim 

Saya, sebagai bakal Ejen Affiliate Program Pejuang Ramadan, dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa:

  1. Saya telah membaca, memahami, dan bersetuju sepenuhnya untuk mematuhi segala terma dan syarat Program Affiliate Pejuang Ramadan yang telah ditetapkan.

  2. Saya faham bahawa sekiranya saya melanggar mana-mana terma dan syarat program ini, pihak pengurusan berhak menggantung atau menamatkan akaun affiliate saya pada bila-bila masa tanpa sebarang notifikasi.

  3. Saya berjanji untuk menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, kejujuran, dan adab, serta tidak akan melakukan sebarang bentuk SPAM atau promosi yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

  4. Saya juga menyedari bahawa penyertaan saya dalam program ini adalah sebagai satu bentuk perjuangan di bulan Ramadan, bukan semata-mata untuk memperoleh keuntungan duniawi, tetapi sebagai usaha menyebarkan kebaikan dan mengharapkan ganjaran pahala di sisi Allah.

  5. Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang ayat, bahan, visual, atau pendekatan promosi yang boleh mencemarkan nama baik, maruah, dan reputasi Program Pejuang Ramadan serta pihak pengurusan.

  6. Saya berjanji tidak akan menggunakan nama, logo, trademark, hak cipta, organisasi, golongan profesional, atau mana-mana nama yang dilindungi undang-undang tanpa kebenaran rasmi dalam sebarang aktiviti promosi.

  7. Saya mengakui bahawa segala maklumat dan butiran yang didaftarkan adalah benar, tepat, dan sah, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesahihan maklumat tersebut.

Dengan menghantar borang pendaftaran ini, saya dengan penuh kesedaran dan kerelaan hati bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua terma dan syarat Program Affiliate Pejuang Ramadan, serta melaksanakan amanah ini sebagai satu usaha kebaikan, dakwah, dan ibadah kerana Allah, insyaAllah.